Sunday, 31 May 2015

#whisper: Pada Hikmah, adakah aku kesalkan?

Dalam sebuah perjuangan yang sering aku banggakan...
ada jua kedukaan yang telah menoreh hati ini. sakit itu hanya pada Dia aku sembunyikan.
bertuah nya hati mendapat seorang suami yang boleh membawa kau melayari sebuah kehidupan perkahwinan di dalam perjalan dan perjuangan ini. adakah kerana aku jahat? Tuhan tak izinkan aku mempunyai suami yang dapat membawa aku membimbing pada jalan itu. Ada benarnya. Banyak benarnya. Aku terlalu sayangkan perjuangan ini. Aku mahu sentiasa berada dalam perjuangan ini. Aku mahu menjadi seorang doktor yang berada dalam perjuangan ini. Aku mahu tunaikan permintaan dan harapan guru-guru aku. Dan kerana nafsu dan cita-cita aku pada perjuangan ini, aku telah memilih seorang lelaki yang pada pandangan mata aku cukup sempurna untuk diri aku. Namun, kenyataannya aku silap, kerana pada aku terdapat kekurangan yang tidak disukai, keburukkan yang tidak dapat disembunyikan, kekotoran yang menjijikan... lalu aku ditinggalkan. sakit. Hancurla segala harapan yang pernah dibaja, disemai untuk terus tumbuh dalam hati aku ini. Kerana tinggi harapan yang aku letak padanya, aku jatuh juga dari tempat yang tinggi. sakit. Pada aku ada segala kerapuhan, jatuh lagi berkecai hati aku hinggakan serpihan pun dah tiada yang tinggal. Air mata. Mungkin cukup satu tempayan macam Puteri Gunung Ledang minta kat Sultan.
 Aku kirakan bertuahnya wanita yang terpilih untuk terus bersama dalam perjuangan ini. Tidak perlu untuk terlalu berjiwa, tidak perlu terlalu berjuang, tidak perlu terlalu bersemangat..sungguh takdir telah tetapkan di samping seorang lelaki yang hebat, lelaki yang berjuang dengan tauhidnya kepada Tuhan, yang hati nya benar kepada Tuhan. Sungguh, aku cemburu.
 Namun, tuhan juga memberikan aku seorang bakal suami yang terlalu baik untuk diperkatakan lagi, bagi aku dia seorang lelaki yang sempurna, Pada aku dia melihat kelembutan, kemanjaan. Walaupun aku retak seribu, dia tak kisah kutip aku dengan tangan yang luka-luka.
 Di sebalik semua ini, aku pasti pada Tuhan, ada sejuta hikmah yang aku tiak ketahui.
dan sering diperkatakan carilah takdir itu. Aku tetap akan cari. Walaupun, aku terpaksa jadi Asiah.
Hidup kena Percaya pada Allah, Tuhan aku.

No comments:

Post a Comment