Salam malam penuh kerinduan dan kesyahduan pada cinta yang telah hilang,
Aku masih tetap di sini menatap sebuah hati yang masih luka... Aku masih juga menanti pada sebuah cinta yang suci...untuk merawati segala luka yang terpendam. Namun, benarkah cinta suci itu wujud? Yang aku sedar cinta manusia terlalu penuh dengan kepura-puraan. Cinta manusia, menghampakan. Cinta manusia, benar mengecewakan. Cinta manusia, penuh dengan nafsu semata-mata.
Yang aku mahukan, sebuah perkahwinan yang suci. Yang terjalin dengan kasih yang suci.
Namun, yang aku lihat...hanyalah kekotoran belaka. Yang aku terjumpa hanyalah kehinaan. Adakah kerana aku yang mencarinya?
Takut. Benar, aku takut untuk menempuh sebuah alam perkahwinan...kalau bukan kesucian cinta yang bersulam.